Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 97 kes baharu

147
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 15 Mei : Sebanyak 97 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini di mana 92 daripadanya adalah daripada kes tempatan dan lima kes lagi adalah kes import.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 95 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 803 kes masih dirawat dengan 29 kes adalah daripada kes ICU dan 10 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Menurut laporan itu lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Tembok Sungai Udang, Taman Malim Jaya, Jalan Gapam, Pengkalan Batik, Jalan Pokok Mangga, Jalan Melaka Raya, Kota Syahbandar, Jalan Kesidang, Teknologi Ayer Keroh, Kampung Hilir Alor Gajah, Air Budi, Seri Jati, Sebatu, Jalan Emas, Jalan Dahlia Lima, Kopitiam Machap Baru, Jalan PKAK Ayer Keroh, Jalan Limbungan Jaya, Jalan Serkam dan Tanjung Rimau.

Laporan itu juga menyebut terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 26 kes bagi Kluster Kampung Hilir Alor Gajah; dua kes bagi Kluster Air Budi; satu kes bagi Kluster Kopitiam Machap Baru; lima kes bagi Kluster Sebatu; dan tiga kes bagi Kluster Tanjung Rimau.

Mukim-mukim dalam Negeri Melaka yang berada di dalam zon merah hari ini ialah mukim Kelemak, Machap, Sungai Baru Ilir dan Sungai Baru Tengah di Daerah Alor Gajah; mukim Bandar Melaka dan Bukit Katil bagi Daerah Melaka Tengah; sementara bagi Daerah Jasin pula ialah mukim Sebatu.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 4140 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1507 kes diikuti oleh Johor yang mencatatkan 433 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 466,330 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .