Home Artikel PAS Selangor

Selamat Hari Belia Negara – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

20
SHARE

May be an image of 2 people and text

Oleh : Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

Pesuruhjaya PAS Selangor

Kuala Langat | Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil kesempatan di keriuahan menyambul Aidil Fitri, mengucapkan Selamat Hari Belia buat seluruh anak-anak muda negara khususnya di Negeri Selangor.

Golongan belia adalah merupakan aset negara yang perlu diberi perhatian. Masa depan negara terjamin jika sekiranya belia yang ada sekarang adalah belia yang terbaik.

Justeru tidak dapat tidak, para belia perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai bidang-bidang kemahiran yang diceburi agar dapat berkhidmat dan menyumbang kepada negara.

Tiada istilah penat dan kecewa dalam kamus jiwa para belia. Tingkatkan iltizam, penuhi ilmu di dada, langkahan akan terus istiqamah menuju cita.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor