Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Malaysia Hari Yang Bersejarah

567
SHARE

HARI MALAYSIA HARI YANG BERSEJARAH

Tanggal 16 September disambut sebagai Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama tahun 1963. Ia menandakan penyertaan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura untuk membentuk satu negara bernama Malaysia.

Alhamdulillah ala kulli hal atas segala nikmat yang diberi hari ini, Malaysia masih gagah mengibarkan Jalur Gemilang dengan rakyatnya terus bersatu padu demi tanah air yang dicintai ini.

Malaysia unik kerana kepelbagaian etniknya. Gagahnya Malaysia kerana pelbagai etnik ini hidup aman damai dan bekerjasama sebagai anggota masyarakat berlandaskan prinsip – prinsip Rukun Negara.

Pada tahun ini sendiri sejarah baru telah tercipta semasa Pilihan Raya ke 14 yang lalu di mana rakyat Malaysia telah membuat pilihan untuk menukar kerajaan lama yang sudah memerintah selama 60 tahun lebih kepada kerajaan baru. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat cakna dalam menentukan masa depan negara.

Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus mengambil berat dan berperanan dalam menjaga negara kita ini.

Selamat Hari Malaysia dan marilah kita sama – sama berdoa agar Allah Taala melimpahkan keberkatan kepada tanah air yang kita cintai ini.

Sejahtera Bersama Islam.

Sayangi Malaysiaku.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 September 2018 bersamaan 6 Muharram 1440H.