Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Malaysia 2018 : Daulatkan Agama Sayangi Malaysia

843
SHARE

Selamat Hari Malaysia 2018 : Daulatkan Agama Sayangi Malaysia

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. [Surah al A’raf:96]

Alhamdulillah kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke 55 pada 16 September 2018, esok.

Bersempena dengan hari bersejarah ini, marilah kita merenung intipati ayat al Quran di atas yang mengingatkan penduduk dalam sesebuah negara agar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT bagi mendapat keberkatan dan selamat dari siksaNya.

Justeru itu, pada Hari Malaysia kali ke 55 ini PAS Kawasan Batu menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menunjukkan rasa sayang pada Malaysia dengan bangkit mendaulatkan Islam supaya kita memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan di tanah air yang tercinta ini. Semoga Allah SWT melindungi kita dan negara ini dari segala kebejatan.

Selamat Hari Malaysia.
Sayangi Malaysiaku.

USTAZ AZHAR YAHYA
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu