Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong

2740
SHARE

HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

DAULAT TUANKU

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi pada hari Ahad, 9 September 2018 bersamaan 28 Zulhijjah 1439H.

” Ya Rabb, kami memohon dengan rahsia keagungan sifat-sifat-Mu agar Kau kurniakanlah keselamatan serta kesihatan berpanjangan, juga taufik dan bimbingan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kami dan kerabat diraja sekalian serta semua pemimpin juga umat Islam seluruhnya. Peliharalah perpaduan kami, dipereratkan lagi tali persaudaraan di antara kami, semoga hidup kami sentiasa berada di dalam keadaan selamat sejahtera aman dan damai berpanjangan.

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ٬
‎وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.”

Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberkati pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sejahtera Bersama Islam

Muslimat Memacu Kemenangan

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 September 2018 bersamaan 28 Zulhijjah 1439H.