Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS Pulau Pinang Bantu Kempen PRK Seri Setia

104 views
SHARE

Oleh : Emizarina

6 September 2018 | Khamis | Seri Setia

Pilihanraya Kecil (PRK)DUN Seri Setia akan berlangsung pada 8 September 2018, Sabtu ini. Muslimat PAS Pulau Pinang komited menghantar petugas-petugas muslimat ke Seri Setia mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jadual bertugas adalah terbahagi kepada empat gelombang sepanjang tempoh berkempen. Setiap gelombang telah ditetapkan kawasan-kawasan yang akan turun bertugas.

Petugas muslimat kawasan yang turun termasuklah dari kawasan Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Kepala Batas, Nibong Tebal, Bayan Baru, Permatang Pauh, Jelutong dan Balik Pulau.

Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus di antara pimpinan negeri yang turun awal di gelombang permulaan.

Di gelombang yang seterusnya, Pn Fadzilah Ahmad, selaku Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang pula mengambil tempat.

Dan di gelombang terakhir Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Siti Mastura Mohamad pula menerajui siri kempen pecutan akhir PRK Seri Setia bersama-sama pasukan Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Gerakerja di setiap gelombang dikoordinasikan oleh Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang agar selaras dengan gerakerja yang telah dirancang oleh Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Selangor.

Secara puratanya , terdapat 8-15 orang petugas muslimat pada setiap gelombang. Mereka menjalankan gerakerja yang telah diatur oleh Bilik Operasi UPU yang terlibat, bersama-sama muslimat PAS dari negeri Kedah dan Perlis.

Di antara gerakerja fokus muslimat PAS ialah kempen pengundi-pengundi dari rumah ke rumah, edaran risalah, kemaskini data, dan munajat.

Negeri Pulau Pinang diamanahkan untuk bertugas di Zon 4 yang melibatkan tiga UPU dalam DUN Seri Setia.

Komitmen yang ditunjukkan oleh petugas muslimat pada setiap gelombang membuktikan kebersamaan mereka kepada calon muslimat PAS iaitu Dr Halimah Ali sekaligus bagi memaksimakan faktor kemenangan calon PAS pada PRK ini.

Tenaga yang dicurahkan adalah secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan kebendaan. Semoga kemenangan berpihak kepada calon PAS pada kali ini bagi menguatkan fungsi “check & balance” di negeri Selangor sekaligus mengangkat suara rakyat ke pengetahuan kerajaan yang sedia ada ini.