Home Berita PAS Kedah

Hari Jumaat, Hari Kebersihan : PAS Kubang Pasu sahut seruan Kerajaan Kedah

77
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JITRA – PAS Kawasan Kubang Pasu menyahut seruan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang mengisytiharkan Hari Jumaat sebagai Hari Kebersihan bagi seluruh Negeri Kedah.

PAS Kawasan Kubang Pasu bersama JPKK Kampung Muhibbah, Jitra memulakan langkah pertama dengan mengadakan gotong-royong di kawasan itu.

Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi membersihkan persekitaran kediaman dan longkang-longkang yang selama ini menjadi igauan pahit buat penduduk kampung tersebut setiap kali banjir kilat dan hujan lebat melanda.

“Moga dengan kerjasama erat hari ini, mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan sebahagian masalah yang di hadapi oleh penduduk kampung tersebut,” ujar YDP Pas Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman.

Turut hadir, Pengulu Mukim Jitra, Qairul Hilmi Ibrahim, dan Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah Encik Kumaresan.