Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Universiti Malaya berpindah ke Kuala Lumpur

45
SHARE

25 Mei 1959 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1959, Universiti Malaya telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Universiti Malaya pada mulanya dibuka di Singapura apabila Maktab Perubatan King Edward Ke-7 dan Maktab Raffles digabungkan pada tahun 1946.

Perpindahan ini dilakukan setelah sebuah Suruhanjaya atau ‘Commission and Enquiry’ yang dibentuk pada tahun 1957 dengan dipengerusikan oleh Sir Robert Atken, Naib Canselor University Birmingham mencadangkan sedemikian.

Universiti Malaya di Singapura (Kredit foto : Google)

Pada November 1958, satu undang-undang telah diluluskan bagi memindahkan Universiti Malaya ke Kuala Lumpur sebagai satu institusi yang tersendiri dan mempunyai taraf yang setanding dengan Universiti di Singapura.

Walaupun Universiti Malaya dipindahkan pada 1959, tetapi kursus jurusan sastera untuk tahun pertama, dimulakan pada 1957 di bangunan sementara di Kolej Teknik Kuala Lumpur.

Pada 1958, Fakulti Kejuruteraan dipindahkan ke bangunan barunya di Lembah Pantai dan dalam tahun 1960, Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai universiti unggul bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .