Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Perjanjian British-Jelebu

77
SHARE

26 APRIL 1877 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 1877, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Yamtuan Jelebu, Tunku Abdullah bin Tuanku Radin dengan pihak British yang diwakili oleh Kolonel Anson.

Perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian ini ialah Yamtuan Jelebu berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman daerah-daerah Sri Menanti, Jempul, Johol dan lain-lain daerah yang bernaung di bawah pemerintahan Yamtuan Antah.

Yamtuan Jelebu juga bersetuju membenarkan sebarang aktiviti perdagangan dijalankan oleh sesiapa juga tidak kira Cina, Melayu dan bangsa-bangsa lain di Jelebu.

Beliau juga bersetuju merujuk dan meminta nasihat daripada Sultan Johor sekiranya berlaku sebarang masalah di Jelebu atau yang berhampiran dengannya, yang tidak dapat diselesaikannya sendiri.

Perjanjian ini dibuat berikutan Yamtuan Sri Menanti, Tuanku Antah melarikan diri ke Johor kerana tewas berperang dengan Dato’ Kelana Sungai Ujung dan British dalam tahun 1874.

Dan Dato’ Jelebu, Dato’ Rembau dan Dato’ Kelana Sungai Ujung telah mengisytiharkan diri menjadi Penghulu di Luak masing-masing dan tidak mengakui beraja ke Sri Menanti.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .