Home Rencana PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pemilihan Yang di-Pertuan Agong pertama

444
SHARE

Pemilihan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama

03 OGOS 1957 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1957, satu Persidangan Khas Raja-Raja Melayu telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur bagi memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Melalui persidangan tersebut DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhamad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan DYMM Tuanku Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kredit foto: Google

Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu telah mengumumkan keputusan tersebut kepada Yang di-Pertuan Majlis Perundangan Persekutuan, Raja Sir Uda bin Raja Mohammad serta semua Ahli Majlis Persekutuan seluruh negara.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara telah menjadi lambang kepada Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan merdeka.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia