Home Rencana PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah| Pembukaan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

50
SHARE

25 SEPTEMBER 1965 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1965, Sekolah Menengah Puteri Tun Fatimah, Johor Bahru, dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultanah Johor, Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad.

Sekolah berasrama penuh yang kedua di Malaysia ini, menyediakan kemudahan pelajaran dan sara hidup dengan percuma.

Bagaimanapun pelajar-pelajar puteri di situ dikehendaki membayar separuh daripada bayaran tempat tinggal, sementara sebahagian lagi ditampung oleh Kementerian Pelajaran.

Sebagai tambahan, pelajar-pelajar puteri ini menerima wang saku sebanyak sepuluh ringgit sebulan di samping lain-lain kemudahan seperti tambang pergi dan balik pada tiap-tiap akhir penggal.

Sekolah ini mempunyai 364 penuntut, 190 daripadanya memperolehi biasiswa.

Dengan adanya sekolah ini, pelajar-pelajar yang kebanyakannya datang dari luar bandar dapat menikmati kemudahan pembelajaran di sekolah berasrama penuh untuk jaminan masa depan mereka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

Kredit foto : Google

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.