Home Rencana PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah| Pembukaan pusat penyelidikan membiak ikan di Batu Berendam, Melaka

70
SHARE

21 OGOS 1957 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1957, Pesuruhjaya British, Sir Donald McGilivary merasmikan Pusat Penyelidikan Membiak Ikan di Batu Berendam, Melaka.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pertanian, Encik Abdul Aziz Ishak dan beberapa pegawai kerajaan.

Pembinaan pusat ini bertujuan menyediakan pusat penyelidikan bagi ikan-ikan tropika yang terdapat di negara-negara Komanwel.

Sir Donald McGilivary (Kredit foto : Google)

Kawasan pusat pembiakan ikan meliputi 170 ekar kawasan berpaya dengan 164 buah kolam ikan. Penyelidikan lebih ditumpukan kepada jenis ikan seperti tilapia dan karp.

Ia juga menempatkan rumah-rumah untuk pegawai-pegawai dan kakitangan pusat ini.

Semenjak dibuka, pusat ini telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan kajian terhadap jenis-jenis ikan air tawar khususnya dan dapat membantu para petani dan penternak ikan memajukan lagi industri ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Encik Abdul Aziz Ishak (Kredit foto : Google)