Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pembukaan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka

384
SHARE

31 JANUARI 1935 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka telah dibuka khas untuk melatih guru-guru perempuan.

Pada peringkat awal penubuhannya maktab ini hanyalah merupakan bangunan rumah sakit yang telah diubahsuai menjadi sebuah maktab.

Pada akhir tahun 1939, sebuah sekolah perempuan di Ujong Pasir telah diambil alih oleh pentadbir maktab dan dijadikan sebagai Sekolah Latihan.

Gambar lama Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (Kredit foto: Google)

Pada peringkat permulaannya, pengambilan pelatih hanya terhad kepada 24 orang bagi sesi pengambilan bagi setiap tahun.

Para pelatih yang terpilih ini telah diberikan elaun sebanyak $3.00 sebulan sepanjang tempoh dua tahun kursus tersebut dijalankan.

Gambar lama Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (Kredit foto : Google)

Pengetua pertamanya ialah Puan N. Purdom yang kemudianya telah digantikan dengan Puan M. Lomas dengan dibantu oleh seorang Penolong iaitu Cik Fatimah Musa.

Maktab ini menyediakan sukatan pelajaran yang lebih menjurus kepada pelajaran yang melibatkan urusan rumahtangga dan penghidupan di rumah. Antara mata pelajaran yang disediakan ialah Kira-Kira, Bacaan Tulisan Jawi dan Rumi serta Karangan Sejarah.

Selepas perang ia telah ditambah dengan kurikulum Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sejak tahun 1935, maktab ini telah menyediakan pelatih-pelatih untuk mengajar di sekolah rendah Melayu sahaja sehinggalah pada tahun 1973, maktab ini telah mula menyediakan pelatih untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Sekeping gambar yang pernah tular, pelatih perguruan sedang menunggu bas di luar kampus sekitar tahun 60an  (Kredit foto : Google)
Gambar terkini (Kredit foto : Google)

Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842