Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pembukaan empangan Chenderoh, Perak

473
SHARE

28 JUN 1930 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1930, Empangan Chenderoh yang terletak 13 batu ke utara bandar Kuala Kangsar, Perak telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Cecil Clementi.

Empangan Chenderoh merupakan satu-satunya projek hidro elektrik yang terawal di negara ini.

Kredit foto : Google

Pembinaanya bermula dalam tahun 1928 dan siap sepenuhnya dalam tahun 1930. Empangan yang menelan belanja hampir $20 juta ringgit itu dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited.

Empangan sepanjang 640 kaki ini dapat membekalkan 31 ribu kilowatts tenaga elektrik.

Sesungguhnya empangan ini bukan sahaja dapat membekalkan kuasa elektrik untuk kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta, malah empangan ini juga dapat mengurangkan kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun di Sungai Perak.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google