Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Bank Islam memohon pendaftaran nama

452
SHARE

24 JANUARI 1983 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1983, Bank Islam telah mengemukakan permohonan pendaftaran nama kepada Pendaftar Syarikat. Permohonan pendaftaran nama Bank Islam Malaysia Berhad dibuat sebelum syarikat didaftarkan.

Pendaftaran ini adalah sebagai langkah awal bagi membolehkan pengurusan bank mendaftarkan syarikat dan mendapat lesen perniagaan. Bank Islam yang mempunyai modal dibenar sebanyak $500 juta dan modal dibayar sebanyak $100 juta dijangka memulakan aktivitinya pada bulan Julai.

Permohonan pendaftaran nama bank itu dibuat oleh beberapa penaja selaras dengan kehendak undang-undang dan setelah beberapa rundingan antara pengurusan bank dan pendaftar syarikat diadakan.

Sebelum didaftarkan, terlebih dahulu nama bank ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Sebaik sahaja nama bank dipersetujui pendaftaran penubuhan syarikat boleh dibuat dalam masa yang singkat dan operasi perniagaannya boleh dijalankan.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia