Home Artikel Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hari guru Pasti peringkat kebangsaan 2017 meriah

670
SHARE

MALAM tadi telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Likas Square, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Tema sambutan hari guru PASTI tahun ini ialah “Guru Istiqamah Menuju Kemenangan”

Lebih 500 orang berhimpun bagi meraikan para guru PASTI yang tidak jemu dalam mendidik dan mengajar ilmu Akhirat dan dunia bagi melahirkan jiwa-jiwa yang cemerlang dan bertaqwa.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Di dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyebut betapa para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajmain bertuah kerana mempunyai idola (qudwah hasanah) yang sempurna yakni Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sesungguhnya Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Guru pula adalah satu profesyen yang sangat mulia. Maka guru-guru perlu mencontohi Baginda dengan mendidik dan mempertahankan akhlak Islamiyyah di tengah-tengah masyarakat. Naluri manusia secara lumrahnya suka kepada kebaikan sekalipun mereka yang jahat. Maka kita perlulah menyebarluaskan akhlak mulia yang menjadi idaman seluruh masyarakat.

Mursyidul Am juga menyatakan betapa beliau sangat seronok dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterajui oleh PAS kini. BPMS adalah politik cara Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan PAS bersedia bertaawun (bertolong-bantu) dengan sesiapa sahaja dan mana-mana pihak sekalipun dengan syarat Islam yang memimpin dan menjadi dasar.

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di dalam ucapan alu-aluannya menekankan kepentingan jihadut ta’lim iaitu jihad pendidikan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru PASTI dan menyatakan bahawa mereka adalah komponen utama kepada usaha jihadut ta’lim tersebut.

Beliau menyebut betapa semua Gerakan Islam termasuk PAS mempunyai 4 tugas utama seperti berikut:

1. Membina individu Muslim
2. Membina keluarga Muslim
3. Membina masyarakat Muslim
4. Membina Kerajaan Islam.

Untuk membina individu Muslim, tujuannya ialah agar lahir individu-individu yang mempunyai aqidah yang sahih, ibadah yang betul, akhlak yang mulia dan tubuh badan yang sihat. Guru-guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak PASTI agar mencapai ciri-ciri tersebut.

Ustaz Khalil menekankan agar guru-guru PASTI selain mentarbiyah perlu juga bersedia untuk ditarbiyah dan mengikuti program-program tarbiyah yang disusun oleh jamaah. Guru-guru PASTI turut diseru agar tidak hanya mengajar di PASTI, akan tetapi turut menyumbang semaksima mungkin dalam gerak kerja dakwah, kemasyarakatan dan termasuklah politik dan pilihanraya khususnya dalam membantu kemenangan PAS dalam PRU Ke-14 nanti, in shaa Allah.

Alhamdulillah, sehingga kini terdapat 120,000 murid yang menuntut di PASTI dengan sekitar 6,000 guru PASTI yang berkhidmat di lebih 2,800 Cawangan PASTI seluruh negara.

Berikut merupakan senarai penerima Anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2017:

TOKOH GURU PERINGKAT KEBANGSAAN
Fadzilah Binti Hamid (Pahang)

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Rosmadillah Binti Che Abu Bakar (Kelantan)
Fadzilah Binti Hamid (Pahang)
Roslinah Binti Barindi (Selangor)

ANUGERAH TOKOH SITI KHADIJAH
Sutinah Binti Sariman (Johor)

TOKOH GURU PASTI NEGERI 2017
Perlis – Hasmiza Binti Ali
Kedah – Fuziah Binti Taib
Kelantan – Nik Salma Binti Nik Wil
Terengganu – Noraniza Binti Hitam
Pulau Pinang – Zainab Binti Md Nayan
Perak – Saliza Binti Saptu
Pahang – Siti Fatimah Binti Saad @ Mat
Selangor – Norazurah Binti Mohd Sidek
Wilayah Persekutuan – Norhayu Binti Jamari
Negeri Sembilan – Nor Raihan Binti Borhan
Melaka – Salasiah Binti Mokhtar
Johor – Latifah Binti Omar
Sabah – Jumrah Binti Djamali
Sarawak – Mastura Binti Julai

GURU PALING LAMA BERKHIDMAT
Perlis – Mahani Binti Yusof
Kedah – Faridah Binti Abu Hassan
Kelantan – Safiah Binti Yunus
Terengganu – Noridah Binti Abd Rahman  
Pulau Pinang – Junaidah Binti Yahya
Perak – Siti Halimah Binti Hashim  
Pahang – Asiah Binti Mat Abas
Selangor – Mazni Binti Osman
Wilayah Persekutuan – Rabiah Binti Zakaria
Negeri Sembilan – Rozanawati Binti Rosli
Melaka – Saemah Binti Yahaya
Johor – Habsah Binti Omar
Sabah – Hasni Binti Abdul Latif  
Sarawak – Mazalina Binti Jali  

Turut hadir Timbalan Ketua DPPM Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, Setiausaha DPPM Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Bendahari DPPM Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Mohd Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah Zul Zaiem Al-Hilmee Abidin, Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia Saadiah Abu Bakar, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI, Pengerusi-pengerusi PASTI Negeri dan guru-guru PASTI.

{jathumbnail off}