KUALA LUMPUR: PAS telah mengambil peluang menghargai OKU dengan menganjurkan program Mahabbah OKU sempena Hari OKU Sedunia di bawah seliaan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) dengan kerjasama PAS Kawasan Lembah Pantai.
Program tersebut meraikan golongan istimewa dalam masyarakat iaitu warga Orang Kelainan OKU (OKU). Program Mahabbah Insan OKU itu diadakan di Dewan Orang Ramai, Perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai, 16 Disember lalu.
Sekitar 100 orang OKU yang hadir daripada pelbagai kategori seperti Fizikal Z, Pendengaran, Penglihatan, Pembelajaran, Pertuturan, Mental dan Pelbagai.
Selain menyampaikan sumbangan kepada golongan istimewa, terdapat juga aktiviti menarik yang diadakan antaranya sesi ramah mesra, pertandingan mewarna dan persembahan nasyid.
Suasana begitu meriah dengan kehadiran orang ramai yang sama-sama menghargai kewujudan warga OKU dan meningkatkan rasa simpati kepada mereka.
Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr. Rosni Adam dan penyampaian sumbangan kepada OKU telah diserahkan oleh Bendahari PAS Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar dan Exco Kebajikan, Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Kelantan, Yb Mumtaz Md Nawi.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang terus kepada Sekretariat Prihatin OKU di bawah LKKPP;
Akaun Bank Islam “Badan Amal Kami Prihatin” di no akauan 1211 3010 03 8983
G