Home Artikel PAS Perak

Harakat Bukan Harakah | Kenyataan Media Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

290
SHARE
May be an image of ‎Ahmad Faisal and ‎text that says "‎Dewan d PAS الحراکت Harakatdaily bermunajat Tronoh amal Hd arah ahlinya agar ADUN PAS Perak mendoakan daripada kes rogol bagi dibebaskan Harakatdaily @harakatdailyHD HarakatDaily Portal me Malaysia. Berita satira Politik, dan pelbagai rencana ilmu Inklusif HAJAT c2021 menolak paas YONG fitnah PAUL a POLITIK FITNAH HARAKAT BUKAN HARAKAH AHMAD FAISAL MOHD PUAIT Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak #MEMIMPIN NECARA f Like Dewan Pemuda PAS Negeri Perak KEMENANG AN‎"‎‎[KENYATAAN MEDIA]
HARAKAT BUKAN HARAKAH
24 Rejab 1442H | 8 Mac 2021 : Telah tular satu ciapan di Twitter yang menggunakan akaun Harakatdaily memuatnaik kenyataan berunsur fitnah terhadap PAS.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memandang serius isu berkenaan kerana kenyataan yang dikeluarkan berniat jahat, fitnah dan cuba memburukkan PAS dengan membawa satu naratif yang sengaja direka oleh pihak tertentu.
Sesungguhnya, politik persepsi pihak tertentu menggunakan nama Harakatdaily adalah sangat jijik dan kotor. Bagi Pemuda PAS Perak, politik persepsi dan fitnah ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat Malaysia yang membudayakan nilai-nilak murni dan beretika.
Dalam masa yang sama, kami menegaskan pendirian bahawa kes yang sedang berjalan di mahkamah hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa campur tangan dari mana-mana pihak.
PAS tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman sama ada diputuskan bersalah atau sebaliknya, dan kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pihak mahkamah untuk menjalankan fungsi-fungsi keadilan negara untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Yang jelas Harakat bukanlah Harakah dan Harakatdaily bukanlah Harakahdaily. Harakat tidak lebih daripada hanya menjadi simbol politik fitnah yang jijik dimainkan pihak-pihak yang cemburu dengan langkah jaya PAS dalam arena politik negara.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
24 Rejab 1442H | 8 Mac 2021