Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pembukaan rasmi MRSM Jasin

235
SHARE

8 MAC 1984 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 1984, YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, merasmikan pembukaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka.

Datuk Musa dalam ucapannya mengumumkan, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM220 juta untuk membiayai projek-projek di bawah Bahagian Latihan Mara untuk dua tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-4.

Peruntukan ini adalah untuk mengendalikan Maktab-maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Institut Teknologi Mara (ITM).

Peruntukan besar ini membuktikan kerajaan mengutamakan bidang pelajaran dalam memastikan masyarakat negara ini celik ilmu dan berpengetahuan tinggi.

MRSM Jasin ditubuhkan pada tahun 1981. Perasmian tapak MRSM ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981.

Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 iaitu 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua manakala tenaga pengajar seramai 16 orang.

Kini MRSM Jasin ini dikenali dengan nama MRSM Tun Ghafar Baba.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google