Home Berita PAS Melaka

Hampir 1000 pelanggan berbelanja di Gerai Prihatin Rakyat – PJ PAS Melaka

193
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 13 Ogos: Hampir 1000 orang pelanggan hadir membeli set makanan basah yang terdiri daripada ayam, telur dan kentang yang dijual pada harga RM10 di program Gerai Prihatin Rakyat yang berlangsung secara pandu lalu di Bemban Tehel, semalam.

“Saya melihat satu usaha yang baik untuk membantu meringankan bebanan rakyat dalam keadaan pandemik sekarang ini.”

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

“Semoga dengan program seumpama ini dapat dijalankan di setiap Parlimen supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada penganjur,” ujar beliau.

Turut hadir di dalam program ini ialah Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Pengerusi Parti Gerakan Negeri, barisan jawatankuasa daripada PAS, Bersatu dan Gerakan.