Home Artikel PAS Johor

Hajah Norani Dinobat Tokoh Guru Kawasan Muar

180 views
SHARE

TOKOH GURU 2019
MUSLIMAT PAS KAWASAN MUAR

MUAR : Sempena Hari Guru, 16 Mei yang lalu Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar telah membuat kunjungan mahabbah ke rumah seorang veteran muslimat yang sudah agak uzur.

Beliau ialah Hajah Norani bt Mohamed seorang bekas pesara guru yang sebelum ini aktif dalam membantu Dmpk Muar khususnya dalam Lajnah Ekonomi.

Pihak Lajnah memilihnya sebagai Tokoh Guru tahun ini kerana sumbangannya yang banyak kepada PAS.

Mula melibatkan diri dalam PAS sejak 1998 dan lebih aktif selepas bersara pada tahun 2000. Jawatan yang pernah dipegang adalah sebagai Ketua Lajnah Ekonomi (2000 – 2013), sebagai Bendahari (2013 – 2019), ketua cawangan (2000 – 2019) dan juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua HalWa.

Beliau banyak membantu meningkatkan aktiviti Lajnah Ekonomi menjadi lebih sistematik dan efektif.

Oleh kerana masalah keuzuran, kini hanya membantu Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan cawangan mencari sumber dana.