Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hagia Sophia Mercu Tanda Kegemilangan Islam

1010
SHARE

Hagia Sophia Mercu Tanda Kegemilangan Islam

Pada 10 Julai 2020 Mahkamah Turki tekah mengambil keputusan membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah Hagia Sophia kepada muzium susulan daripada petisyen yang dikemukakan oleh sebuah kumpulan agama.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan rasminya mengumumkan bangunan ikonik yang menjadi kebanggaan kerana keajaiban seni bina nya telah dibuka kepada umum untuk melaksanakan ibadah di dalamnya.

Hagia Sophia telah ditukar daripada gereja (Kristian Ortodoks) kepada masjid semasa penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 yang kini digelar Instabul. Walaubagaimanapun ianya telah dijadikan sebagai muzium semasa pemerintahan pemimpin sekular, Mustafa Kemal Atartuk (Pengasas Turki Moden) pada tahun 1935.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Turki terutamanya kerana bangunan yang telah hampir 500 tahun dijadikan masjid itu telah kembali berfungsi seperti biasa. Sudah pastinya menjadi khabar gembira buat pelancong-pelancong dari pelbagai negara terutama rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan negara Turki di samping dapat menunaikan ibadah di dalam mercu tanda kegemilangan Uthmaniyah.

Keputusan ini mungkin akan mengakibatkan ketegangan daripada beberapa buah negara, namun sudah pasti Presiden Turki mempunyai pegangan dan harapan dalam mengembalikan sejarah kegemilangan Islam kepada generasi muda.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Julai 2020 bersamaan 21 Zulkaedah 1441