Home Artikel PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Tahniah Tuan Guru Ketua Sidang Assabiqun Yang Baharu

318
SHARE

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat yang baharu Al Fadhil Tuan Guru Dato Dr Mahfodz Bin Mohamad yang dilantik oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

Hari ini genap 20 hari mantan Ketua Assabiqun yang lalu Al marhum Tuan Hj Ahmad Subky Abdul Lafif atau lebih mesra dengan panggilan Pak Subky yang meninggal pada 23 Jun 2020. Almarhum Pak Subky menjejaki para jasawan PAS yang berumur 60 tahun ke atas sekaligus layak berada dalam kerabat Sidang Assabiqun.

Dengan Kepimpinan baru Tuan Guru Ketua Assabiqun dapat memayungi golongan para Assabiqun yang telah lama membanting keringat memperjuangkan PAS sejak puluhan tahun yang lalu. Denai-denai yang ditebas oleh mereka demi mengharungi perjuangan, jatuh bangun serta sepak terajang dunia politik tanah air patut dihargai dan di ingati oleh generasi masa kini.

Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada Tuan Guru Ketua Assabiqun dan saff kepimpinannya bagi melangsungkan dan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

سيروا على بركة الله

Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

22 Zulkaedah 1441H | 12 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan