Home Berita PAS Perak

Hadir Mesyuarat Agung Bukti Kesungguhan

89
SHARE


Oleh : Hafizah Aiman

Teluk Intan, 31 Julai : Perjuangan PAS kawasan Teluk Intan telah mencapai 48 tahun sudah tentunya semakin matang untuk terus berjuang dengan bersungguh-sungguh menghadapi PRU semakin hampir.

Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki, Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia berkata, kehadiran ahli PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah penting sebagai perangsang dan motivasi untuk menjalankan gerak kerja tarbiyyah, dakwah dan siasah.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan perlu menyedarkan semua ahli dalam kawasan Mesyuarat Agung Tahunan adalah satu hari penting untuk berjumpa. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk memastikan kehadiran semua ahli ke mesyuarat seperti pertandingan, karnival dan jualan.

“Kerja yang bersungguh-sungguh ini perlu supaya PAS terus berada dalam kerajaan dan dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar. Ini kerana dengan keberadaan PAS melalui wakil-wakil yang berada dalam agensi kerajaan seperti JPKK dan PBT dapat melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS kawasan Teluk Intan kali ke 48 di Kompleks Pas Kawasan Teluk Intan hari ini.

Menurut Misbahul Munir, semua ahli Pas perlu menjalankan amanah yang telah diberi dengan penuh penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dan jangan kecewa jika tidak diberi amanah teruskan lakukan apa sahaja gerak kerja yang menguntungkan jemaah.

Katanya, ahli yang diberi amanah perlu berhati-hati dengan satu golongan yang mengambil kesempatan kerana golongan ini benar-benar wujud seperti yang disebut dalam hadis
Rasulullah SAW :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ.

dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba Qathifah (pakaian yang tebal), serta hamba Khamishah (baju bergaris-garis dari sutera atau wol), jika diberi ia akan reda dan jika tidak diberi maka dia tidak akan reda.

Sempena pilihanraya umum yang semakin hampir ini semua ahli mesti kuatkan semangat terus dengan perpaduan ummah yang sering disebut oleh Presiden PAS dan semangat ini akan terus dikobarkan dengan satu perhimpunan kebangkitan semula ummah bulan Oktober ini.