Home Berita PAS Perak

AGENDA Penyatuan Umah mendasari perjuangan PAS

53
SHARE

Oleh : Ummu Nidhal

Teluk Intan 31 Julai: Perjuangan Islam sepanjang zaman dibayangi dengan dua penipuan utama iaitu kecintaan dunia dan yang kedua hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.

Yang Di Pertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Rafie berkata, setiap ahli PAS perlu sentiasa berwaspada agar tidak terpengaruh dengan penipuan ini yang merupakan mainan musuh.

Katanya, PAS mahu memastikan keselamatan dan kesejahteraan masa depan umat Islam di negara ini, kerana itu PAS saat ini meletakkan agenda penyatuan umah mendasari semua aspek perjuangannya.

“Pengalaman PAS bergabung dengan pelbagai parti sebelum ini, parti Melayu dan bukan Melayu, telah mematangkan PAS untuk berusaha mengolah landskap politik tanah air.”

“PAS mahu menjadi parti yang memimpin dan mendominasi penyatuan umah dan tidak hanya sebagai parti yang membantu rakan parti yang lain memenangi pilihan raya semata-mata.”

Oleh itu katanya dalam ucaptama Mesyuarat Agong PAS Teluk Intan ke 48 pagi tadi, jentera pilihanraya PAS di peringkat cawangan dan UDM perlu bergerak kerja secara bertanzim dengan perlaksanaan yang efisien.

Ahli PAS disetiap UDM mesti berjiwa jihad, bersedia bersusah payah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dengan linangan air mata dan keringat demi memastikan kelangsungan perjuangan.

” Hidupkan markaz-markaz dan bilik gerakan di setiap cawangan dan UDM, jangan lagi bersikap sambil lewa dengan hanya melihat
sahabat lain bersungguh-bersungguh berjuang dan berkorban sedang ada ahli yang sekadar memerhati dan memilih berada di zon selesa.”

Ahli PAS juga mesti menyertai SKIMPAS dan Infaq Istiqamah sebagai tanda kebersamaan dan bagi mengumpul dana menggerakkan agenda kebajikan, katanya mengakhiri ucaptama.

Mesyuarat Agong PAS kali ke 48 pagi tadi telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Misbahul Munir Masduki.