Home Berita PAS Perak

‘Meriahkan kehadiran Mesyuarat Agung dengan pelbagai acara menarik.’

52
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 31 Julai : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan kali ke 48 telah berlangsung di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di sini, tadi.

Program yang diawali dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi dihadiri seramai hampir 150 orang tanda komitmen berdaftar setiap ahli mewakili 16 cawangan masing-masing.

“Beginilah selalunya yang berlaku pada peringkat kawasan.Kehadiran masih tetap sama. Menurut pengamatan, kehadiran pemerhati meliputi seluruh pelusuk negara hanya berlaku pada Muktamar peringkat Pusat dengan adanya tarikan seumpama gerai jualan, pameran dan sebagainya,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki ketika menyampaikan ucapan perasmian tersebut.

Menurutnya lagi, pihak kawasan perlu mencari inisiatif agar kehadiran pemerhati bertambah selaras dengan pertambahan tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Mesyuarat Agung kali ini buat pertama kalinya memperkenalkan 3 Anugerah Khas iaitu, Anugerah Ikon Anak Seni PAS kepada Noor Azman Samsudin, Ikon Pelancongan PAS, Muhammad Sahril Mustafa dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Al Marhumah Hufsah Mabeni.

Turut hadir, Yang DiPertua PAS, Mohd Azhar Mohd Rafiei, Timbalan Yang DiPertua, Rostam Malek, Naib Yang DiPertua, Ahmad Khairi Jamaluddin dan ahli jawatankuasa yang lain.