Home Berita PAS Pahang

Guru-guru PASTI terlatih dan berintegriti dalam pembelajaran dan pengajaran

122
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 10 Feb – Institut Latihan Perguruan PASTI Malaysia (ILPM) adalah sebuah institusi yang melahirkan guru PASTI yang terlatih dan berkualiti serta pengurus yang cekap dan berintegriti.

“Kita ada institusi di mana guru-guru ini perlu melalui proses pengajaran dan pembelajaran sehingga perlu mendapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak walaupun ada ijazah dan sebagainya tapi kena ada ilmu mendidik, cara dan kaedah penyampaian,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Prestasi (MAP) 2023 PASTI Abu Bakar As-Siddiq Bukit Gelugor Beserah di Sungai Karang Kuantan baru-baru ini.

Menurut beliau untuk tahun ini negeri Pahang telah menghantar seramai 40 orang, dari jumlah tersebut seramai 14 orang adalah guru-guru dari Indera Mahkota.

Kurikulum di PASTI adalah kurikulum yang berteraskan dari Quran dan Sunnah.

Ianya bukan sahaja melahirkan pelajar yang bijak, pandai membaca, malahan melahirkan pelajar-pelajar yang amanah dapat mengatur hidup mereka bertepatan dengan syariat Allah swt.

Tambahnya lagi, perbezaan bukan sahaja dari segi akhlak dan keperibadian, tetapi juga dari sudut mereka memahami pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah.

Sementara itu Pengurus PASTI tersebut, Rosdi Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang gigih mengajar dan ibu bapa yang sama-sama berganding bahu untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar PASTI berkenan.