Home Kenyataaan Media PAS Perak

PAS Perak menyeru semua pihak sepakat jaga agama dan bangsa

38
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

PAS Perak menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan kes Nik Elin mencabar keabsahan enekmen jenayah Syariah yang diluluskan Kelantan pada 2019. Keputusan oleh sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menunjukkan terlalu banyak kelompongan terhadap usaha mendaulatkan Islam di negara kita. Lima hakim muslim dan tiga bukan muslim sepakat menerima permohonan Nik Elin kecuali seorang  Hakim beragama Islam yang juga Hakim Besar Borneo menolak.

Keputusan ini membuka ruang lebih banyak perkara khasnya berkaitan  Islam dicabar. Perlembagaan berinspirasikan Lord Reid telah meninggalkan bom jangka kepada masa depan Islam di negara ini.  Kuasa yang dimiliki selama ini tidak digunakan memperkukuhkan Islam sebaliknya membiarkan ruang itu terus lemah.

Asas perlembagaan sebenarnya telah memiliki rangka mendaulatkan Islam apabila perkara tiga perlembagaan secara jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh di amalkan. Kerangka asas negara yang diusahakan alim ulama dan pejuang terdahulu ternyata gagal diisi sepanjang tempoh ummat Islam memiliki kuasa dua pertiga parlimen.

PAS menyeru semua pihak terutama ummat Islam untuk menyedari betapa satu usaha bersungguh sungguh dan bersepadu mesti segera di lakukan. Selaras usaha itu beberapa perkara perlu segera dilaksanakan;

  1. Menyeru Menteri agama dan Undang undang mengambil langkah segera melindungi undang undang berkaitan Islam dari terus di cabar.
  2. Menyeru Parti politik dan NGO islam menggerakan kekuatan ummat Islam menjadi kuasa pendesak kepada kerajaan Malaysia berkaitan kedaulatan Islam yang semakin berani di cabar.
  3. Menyeru pihak berkuasa agama negeri negeri melaksanakan agenda bersama agar satu penyelarasan enekmen jenayah Islam di perkukuhkan.
  4. Menyeru penyatuan seluruh ummat Islam agar kekuatan politik kembali kepada ummat Islam demi memelihara kedaulatan agama dan bangsa.

PAS Perak bersedia berkomunikasi dan bekerjasama dengan semua pihak dalam segala ruang  melangkaui sempadan politik, agama dan bangsa di atas kesepakatan menjaga Islam dan bangsa terus berdaulat di negara kita.

“ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA PAS PERAK

09 FEBRUARI 2024
28 REJAB 1445 H