Home Berita PAS Pahang

Edaran pulut kuning dan rendang eratkan PAS bersama kaum Tionghua.

82
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 10 Feb – “Biarpun berbeza agama, bangsa mahupun fahaman politik, namun nilai-nilai perpaduan dan perasaan sangka baik perlu dipupuk bersama masyarakat kaum Tionghua.

“Semoga program sebegini, dapat membina masyarakat yang lebih sejahtera, aman damai dan saling menghormati budaya dan agama masing-masing,”.

Begitulah kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuantan (DMPK), Ustazah Rosmani Mustafa ketika mengedarkan pulut kuning dan rendang kepada 26 keluarga kaum Tionghua di Taman Sri Inderapura di sini semalam.

Susulan keprihatinan PAS menjaga hubungan baik bersama masyarakat Tionghua ini saban tahun, kebanyakan di antara mereka menyambut baik kedatangan rombongan yang berkunjung.

Program ini merupakan kolaborasi antara DMPK bersama PAS Kawasan Kuantan.

Turut hadir adalah Ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional, Lajnah Dakwah, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Inderapura.