Home Artikel PAS Pahang

Lazatnya masakan kerana resepinya, begitulah perjuangan

162 views
SHARE

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

 

Habis kuliah RRM Pernatang Badak terus singgah rumah dia. Pagi minggu yang lepas dia telefon suruh datang, saya bagitahu malam bolehlah, belah siang sibuk sikit. Dia jawap, bolehlah malam pun.

 

“Makan Ustaz”, pelawa dia, sambil menunjuk ke arah keropok goreng yang dibawa anaknya dari dapur. “PAS bertanding di Port Dickson (PD) ye?, tanya dia.

 

“Ya” jawap saya. “Moleklah tu, kita jangan peduli menang atau kalah. Kalau ada peluang bertanding, bertanding je, sebab kita yakin menang atau kalah itu kerja Allah SWT”, katanya.

 

Kami berbual dan dia banyak bercerita tentang pengalamannya sewaktu peringkat awal penubuhan PAS cawangan di kampungnya. Susah payah dia dan rakannya membangunkan PAS di cawangannya yang berhadapan dengan fitnah pelbagai, hingga beberapa kali dia dipanggil polis kerana orang Umno report mengatakan dia buka pusat ajaran sesat.

 

“Fitnah dulu tidak sehebat sekarang Cikgu” kata saya, ” sekarang ni fitnah lebih cepat tersebar, lebih teruk. Pada masa zaman cikgu takde FB takde IG, tapi sekarang ni”, keluh saya.

 

“Ya betul, sebab tu dalam perjuangan ni kita kena sabar dan jangan melulu ambil keputusan dan juga menerima sesuatu berita”, nasihatnya.

 

Nasihatnya lagi, “fitnah umpama api, kalau orang memasak, bukan api itu yang melazatkan makanan, tapi resepi makanan itu, Begitulah juga perjuangan, yang melazatkan perjuangan itu ialah apa yang kita perjuangkan. Sebab itu sebesar manapun api fitnah perjuangan kita tetap lazat, api dimana2 pun serupa. Sifatnya bukan melazatkan makanan kita tapi sekadar untuk memasakkan kita dengan perjuangan”, katanya.

 

“Masa saya mengajar dulu, selalu kena tukar, sampai ke Sarawak. Rasanya lebih 12 buah sekolah saya mengajar, pernah sebuah sekolah tu hanya sebulan saya mengajar kemudian diarahkan pindah kesekolah lain, tapi tak pernah pula saya rasa susah hati, malahan rasa seronok pulak. Sebab tu saya kata, yang menjadi seronoknya perjuangan ialah apa yang kita perjuangkan, bukan dengan sebab orang puji ataupun apa yang buat kepada kita”, katanya.

 

“Saya pernah ditukar ke tempat yang tiada seorang pun orang PAS di keliling saya. Tapi dua tahun lepas tu, saya boleh tubuh cawangan PAS, lepas tu kena tukar pulak, hahaha….”, ketawa dia menceritakan kisahnya.

 

“Ustaz teruskan berjuang sampai Islam menang, kalau sempatlah”, katanya. Saya angguk sahaja. “Begini ustaz, saya cadang nak aqiqah cucu masa Walimah Perdana nanti, nanti anak saya balik, saya suruh dia jumpa Ustaz”, katanya.

 

Seronok bila dapat suntikan semangat darinya, “Fitnah umpama api, lazatnya masakan bukan kerana apinya, tapi kerana resepinya, begitulah perjuangan. Kelazatannya tidak berubah walau dilanda api fitnah selagimana resepinya adalah Islam”. InsyaAllah saya pegang kata-kata cikgu.

 

Ustaz Rosli Abdul Jabar ialah

Pesuruhjaya PAS Pahang

Adun Tanjung Lumpur