Home Berita PAS Johor

Guru dan murid PASTI Muar terima sumbangan covid19

287
SHARE

Oleh : NURNABILAH HUDA MUHAMMAD

MUAR, 31 Ogos : Majlis Guru PASTI Kawasan (MGPK) Muar telah menyampaikan sumbangan daripada PASTI Malaysia dan Majlis Guru PASTI Negeri Johor (MGPNJ) kepada guru dan pelajar PASTI yang dijangkiti Covid 19 di sini, semalam.

Penyampaian sumbangan bermula jam 9.00 pagi, bertempat di tiga buah PASTI dan dua buah rumah, yang mana sumbangan bantuan kewangan diberikan kepada penerima.

Kesemua sembilan keluarga penerima, yang lapan daripadanya merupakan dari kalangan keluarga pelajar dan seorang dari kalangan guru PASTI kawasan Muar.

Kesemua ahli keluarga penerima ini juga telah pun sembuh dan tamat tempoh kuarantin.

Sumbangan daripada PASTI Malaysia disampaikan oleh Pengerusi PASTI Muar, Muhammad Faiz Beran, manakala sumbangan daripada MGPNJ disampaikan oleh Ketua Guru PASTI Muar, Sapiah Abu.

Di kesempatan itu juga, MGPK Muar turut menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi guru PASTI yang dijangkiti Covid19, Salwana Zainal di Parit Amal, Muar.

“Kami sekeluarga telah pun sembuh dan telah tamat tempoh kuarantin.

“Program aktiviti mensanitasi rumah juga turut dijalankan minggu lalu oleh JAM Muar, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat,” kata Salwana.

Anak kedua beliau yang dikuarantinkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dengan bantuan pernafasan juga telah turut pulang ke rumah semalam.