Home Kenyataaan Media PAS Perak

GST Haram Dan PAS Sediakan Cadangan Penyelesaian

2089
SHARE

GST HARAM DAN PAS SEDIAKAN CADANGAN PENYELESAIAN


Kenapa kerajaan UMNO BN masih berkeras melaksanakan GST? Apakah kewarasan yg dipakai oleh kerajaan UMNO BN? Apakah dalil dan hujah Kerajaan UMNO BN guna? Kerajaan membolot cukai-cukai dari rakyat bawahan. Dimanakah kebajikan yg dilaung-laungkan oleh kerajaan UMNO BN? Kami rakyat MALAYSIA amat kecewa dgn sikap kerajaan UMNO BN.

PAS telah menyediakan alternatif kepada permasalahan ini.

RUJUKAN : Dokumen Hijau PAS

PRINSIP percukaian dalam ISLAM:
“Cukai diambil daripada golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin”.

DALIL kepada prinsip diatas:
sabda Rasulullah S.A.W. kepada Muaz Bin Jabal r.a. ketika baginda menghantarnya sebagai
Gabenor di Yaman. Sabda Baginda S.A.W.: “Beritahulah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah telah mewajibkan mereka membayar zakat (cukai Islam) pada harta-harta mereka, ia diambil daripada golongan kaya mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin mereka.” (Riwayat al-Bukhari)”

Berhubung perkara tersebut, PAS telah menyediakan 2 PENYELESAIAN berkaitan permasalahan pelaksanaan GST.

PERMASALAHAN 1 : Pelaksanaan GST (Kejatuhan Harga Petroleum dan Kesilapan Kerajaan Malaysia Bergantung kepada GST sebagai Sumber Alternatif Pendapatan Negara).

PENYELESAIAN 1 :
Cukai Atas Simpanan Syarikat dan Korporat (Taxation on Deposits).

PENDAHULUAN:
1) Hari ini simpanan syarikat dan korporat tidak dikenakan apa-apa cukai oleh pihak kerajaan.
2) Dari satu sudut pandang yang lain, wang ini adalah milik golongan-golongan kaya yang bersifat lebihan.
3) Dari segi konsep pengaliran matawang (velocity of money), ia perlu dialirkan ke bawah khususnya kepada golongan miskin untuk meningkatkan kuasa beli mereka seterusnya membantu pertumbuhan negara dari segi meningkatkan kuasa
permintaan.
4) Malangnya pada hari ini, simpanan-simpanan tersebut lazimnya hanya dilaburkan di syarikat-syarikat yang dimiliki oleh golongan-golongan terkaya.
5) Cara pengurusan kewangan seperti ini adalah BERCANGGAH dengan PRINSIP EKONOMI ISLAM seperti yang dijelaskan sebelum ini.

SOLUSI :
1) Dalam melaksanakan cadangan ini, kerajaan boleh memberi tumpuan mengutip cukai ini ke atas syarikat dan korporat dengan melihat kepada item ‘cash and bank balances’ di dalam Penyata Kewangan Syarikat, termasuk juga Simpanan Tetap (Fixed Deposit) untuk jangka masa panjang dan lain-lain item yang selari dengan kaedah cukai ke atas simpanan menurut pandangan Islam.
2) PAS berkeyakinan, dengan dikenakan cukai ini, ianya akan dapat menampung sebahagian kehilangan RM 21 bilion pendapatan kerajaan yang dinyatakan di atas.

FORMULA yang dicadangkan:
Dikenakan sebanyak 2.5% / setahun (kiraan TAHUNAN, bukan BULANAN) dengan mengambil kira jumlah MINIMUM setahun yang dimiliki oleh pihak syarikat dan korporat sekalipun berada dalam akaun berbeza.
Jumlah simpanan keseluruhan negara adalah sekitar RM1.6 Trillion (rujukan: Website Bank Negara, dan The Star bertarikh 31 Oktober 2015).

Secara konservatifnya:
i) Jumlah simpanan korporat dan syarikat = sekitar RM 566 Bilion
ii) cukai pada kadar 2.5%

Keuntungan/ setahun = 2.5% x RM 566 Bilion = RM 14 Bilion

KESIMPULAN :
Kerajaan mendapat untung sebanyak RM 14 Bilion dari cukai diatas.

PENYELESAIAN 2 :
Cukai Perdagangan Keuntungan Saham Di Bursa Saham Malaysia (Tax On Share Trading Gain)

PENDAHULUAN :
1) Saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia dianggarkan (secara konservatif) sebanyak RM350 bilion setiap tahun.
2) Jumlah nilai saham di Bursa Saham ialah sekitar RM 1.66 Trillion (rujukan: Maybank Share Online).
3) Sehingga kini, pegangan saham dan keuntungan bagi pedagang-pedagang saham tidak dikenakan apa-apa cukai oleh pihak kerajaan sekalipun mereka mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit bahkan mungkin mencecah berpuluh-puluh juta ringgit setahun.
4) Kebiasaannya, mereka yang terlibat dengan perdagangan ini adalah golongan-golongan kaya, bukan dari kalangan masyarakat desa dan golongan miskin.
5) Adalah sangat tidak wajar perdagangan oleh golongan kaya dengan keuntungan yang besar tidak dikenakan apa-apa cukai, sebaliknya perdagangan berskala kecil yang melibatkan golongan bawahan dan miskin pula dikenakan cukai GST sebanyak 6% tanpa mengambil kira sama ada mereka rugi atau untung.

SOLUSI:
Demi mencapai keadilan, maka PAS berpandangan adalah sangat wajar cukai baru dikenakan ke atas perdagangan saham (Share Trading) di Bursa Saham Malaysia sebagaimana kaedah berikut :
i) Jika saham itu dipegang selama genap setahun, maka ia dikenakan cukai sebanyak 2.5% berasaskan jumlah paling rendah
dalam tempoh setahun.
ii) Jika saham itu diniagakan secara jangka pendek, maka ia kenakan terus sebanyak 2.5% ke atas keuntungan bersih selepas transaksi
(on the spot).

FORMULA:
1) Andaian jumlah terendah yang layak cukai oleh mekanisma percukaian ini = RM1.5 Trillion

2) Kadar cukai dikenakan ialah 2.5%

Keuntungan/setahun = 2.5% x RM 1.5 Trilion = RM 37.5 Bilion

KESIMPULAN:
Sebanyak RM 37.5 Bilion dihasilkan dari kaedah percukaian di atas.

KESIMPULANNYA:
1) GST tidak perlu lagi dilaksanakan.
2) Jumlah pendapatan baru kerajaan RM 51.5 Bilion mengatasi pendapatan daripada GST sebanyak RM 39 Bilion.
3) Jurang antara kaya dan miskin dapat dikurangkan secara signifikan.
4) Kemampuan perbelanjaan serta kekuatan modal golongan B40 akan dapat ditingkatkan.
5) Melonjakkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi.

Bukan sekadar alternatif lain boleh dicari untuk menambah pendapatan negara, bahkan ianya (GST) adalah bertentangan dengan ajaran Islam .

Kadar 2.5% dicadangkan di sini sebagai kadar maksimum sesuai dengan kadar zakat harta yang dikenakan oleh Islam.
Pihak kerajaan boleh mengenakan kadar yang lebih rendah jika dibimbangi menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan pelabur. Memandangkan GST dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan
alasan bagi menampung kekurangan pendapatan lantaran kejatuhan harga
minyak, kerajaan juga boleh memilih untuk menjadikan penyelesaian ini sebagai langkah sementara. Apabila harga minyak kembali stabil pada kadar yang sesuai, kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai tersebut atau menghapuskannya terus.

CADANGAN :
Bagi mengurangkan jurang antara kaya dan miskin, sekaligus meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40), PAS
juga mencadangkan agar 25% daripada pendapatan negera tersebut diperuntukkan kepada golongan tersebut melalui pelbagai program dan inisiatifnya. Ini selari dengan prinsip Zakat di dalam Islam yang
memperuntukkan 25% kegunaan adalah untuk dua asnaf zakat tersebut iaitu golongan Fakir dan Miskin.

Tegas bahawa jika kerajaan UMNO/BN masih berdegil dalam isu ini, rakyat sepakat bangkit utk jatuhkan UMNO/BN dalam pru14 nanti.

Marilah kita kembali kepada pelaksanaan Islam yg sebenar secara syumul(menyeluruh). Sokonglah kearah pelaksanaan Islam dan tolaklah kezaliman jahiliyah yg menindas rakyat.

Sejahtera Bersama Islam

Razak Halim
Pengarah Jabatan Profesional Muda(JPro)
Exco Dewan Pemuda Pas Perak
19Ramadhan 1438H
14 Jun 2017

 {jathumbnail off}