Home Pedoman Haraki

Golongan Tercicir; Tidak Menyelesaikan Soalan Dengan Segera

647
SHARE

Golongan Tercicir; Tidak Menyelesaikan Soalan Dengan Segera

Ini berlaku kerana persoalan-persoalan itu adalah rumit.

Memangmenjadi perkara biasa bagi sesuatu harakah mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan. Adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kalaulah harakah dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan mudah dan cepat maka perjalanan dakwah akan teratur dan rapi. Tetapi sebaliknya jika timbul dan lambat menyelesaikan maka masalah-masalah itu menjadi bertimbun-timbun dan berganda.

Selalunya sesuatu masalah itu hanya kecil tetapi dengan pembicaraannya ia menjadi besar dan melahirkan pula masalah-masalah yang baharu.

Kadangkala sesuatu masalah itu hanya memerlukan penyelesaiannya dengan satu patah perkataan sahaja, atau dengan satu keputusan atau datu ziarah atau satu pertemuan atau satu permintaan maaf atau dengan cercaan atau dengan satu nasihat atau satu tunjuk ajar atau dengan satu penjelasan atau dengan apa-apa jua cara yang lain mudah. Tetapi jika ini dibiar dan ditangguhkan ianya akan menyusahkan harakah dan harakah terpaksa menghabiskan masayang panjang untuk menyelesaikannya. Hasilnya boleh jadi berjaya dan boleh juga jadi gagal.

Saya teringat satu peristiwa yang berlaku ke atas seseorang kawan. Dia bertanggungjawab menyusun dan mengatur pusat gerakan. Dia telah melakukan perkara yang dianggap menyalahi syara’. Persoalan tersebut senang sahaja diselesaikan kalau pihak kepimpinan bertindak segera. Tetapi anda tahu apa yang terjadi?.

Apa yang berlaku ialah kawan itu melakukan kesalahan yang menyalahi syara’ secara berulangkali sehingga jelas keburukannya. Berita tersebar luas. Lalu pihak bertanggungjawab terpaksa ‘bertungkus-lumus dengan perkara ini’. Ramai orang yang ditugaskan untuk menyelesaikan perkara ini. Akhirnya dibentuk satu bada petugas untuk membuat penyelidikan dan mengenakan hukuman. Akibat dari hukuman itu, berlaku pula tindak balas dari dalam dan juga dari luar.

Ssbenarnya penyegeraan dalam menyelesaikan masalah yang timbul akan memberi keuntungan kepada harakah. Ia membebaskan harakah dari menghabiskan masa dan tenaga menyelesaikan masalah dalaman yang pada kebiasaannya mengakibatkan keciciran anggota dari barisan dakwah.

Kajian-kajian menunjukan bahawa kelembapan dalam menyelesaikan masalah dalam gerakan adalah disebabkan oleh:
¡) Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
¡¡) Kelemahan pentadbiran yang memberi ruang kepada kemunculan masalah dalam badan-badan tetapi tidak memberi kuasa menyelesaikan masalah kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas badan itu.
¡¡¡) Boleh jadi kerana terlalu besar atau luas program sehingga pihak pimpinan tidak dapat menyempurnakan keperluan-keperluan kerja yang berbagai itu. Hanya badan-badan yang bertugas untuk itu sahaja yang mempunyai keupayaan dan kepakaran yang boleh mengawasinya.

Penghujunganya membawa natijah yang sama iaitu pertambahan masalah.

-Petikan buku: Golongan Yang Tercicir Sepanjang Jalan Dakwah

23 Ogos 2017
Mohamad Farouk Hamzah

{jathumbnail off}