Home Artikel PAS Perak

Pemuda Bukit Gantang Bantu Pondok Terbakar

155 views
SHARE

Pemuda Bukit Gantang Bantu Pondok Terbakar


PENGKALAN HULU: Kebakaran Pondok Al-Latifiah atau Pondok Pak Teh, di sini kira-kira jam 11 malam pada 2 Julai yang lalu telah memusnahkan 18 buah pondok kediaman bagi pelajar di situ.

Difahamkan kejadian berlaku begitu cepat dan kebanyakan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu dibina menggunakan papan musnah kerana kedudukannya yang terlalu rapat antara satu sama lain.

Prihatin atas kejadian kebakaran tersebut telah menarik perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang untuk melancarkan tabung sumbangan untuk tampil menghulurkan bantuan kepada pihak pengurusan pondok terbabit.

Lawatan amal ke Pondok Pak Teh oleh Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang bagi tujuan penyerahan kutipan sumbangan tersebut telah dilaksanakan pada 6 Ogos yang lalu yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri dan beberapa exco dari Dewan pemuda PAS bukit Gantang.

Penyerahan kutipan sumbangan telah diserahkan sendiri oleh Zu Hazmin kepada pihak pengurusan pondok terbabit.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka setelah tinggal sehelai sepinggang akibat kesemua barangan dan pakaian mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

{jathumbnail off}