Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat Turun Program Ziarah Kebajikan

1072
SHARE

Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kuala Langat telah berkunjung ke rumah Puan Siti Hanisah di Jalan Pulai Kanchong Darat dalam program ziarah kebajikan kali ini.

Siti Hanisah Binti Kahar berusia 37 tahun merupakan seorang ibu tunggal. Dalam menyara kehidupan keluarga serta menjaga ibunya yang kurang sihat dan adiknya yang OKU di dalam pembelajaran. Kini beliau pula disahkan oleh doktor mengalami masalah kesihatan yang agak serius. Masalah kesihatan yang beliau alami mula merebak ke bahagian – bahagian lain dalam badan.

“Kekuatan saya hanya pada anak – anak,adik dan ibu. Saya bersandar penuh kepada Allah Swt untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup bersama empat tanggungan walaupun dengan rasa penuh kesusahan dan kesakitan” katanya lagi.

Puan Siti Hanisah mempunyai dua orang anak Muhammad Rayyan Zarif 8 tahun dan Nur Rania Adlina 6 tahun manakala adiknya Noor Fatihah 23 tahun dan ibunya Jamilah Binti Kassim 56 tahun tidak pernah berpisah dengannya walaupun hidup di dalam serba kekurangan.

“Terima kasih kepada kenalan dan orang ramai yang prihatin. Sebelum beransur pulang wakil daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang beliau tanggung.

Bagi mereka diluar sana yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi maklumat yang tertera di bawah:

Maklumat
Siti Hanisah Binti Kahar
Lot 536 Batu 23 ½.
Jalan Pulai
Kg Kanchong Darat 42700 Banting
No.tel : 019 5807832 (Whatsapp sahaja)

Akaun Bank Maybank milik Puan Siti Hanisah Binti Kahar
No.acc : 162059050630 Maybank

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan