5 Ogos, Sabtu – Tiada yang lebih penting melainkan kebergantungan kepada Allah. Sekuat mana pun jentera penggerak, sehebat mana pun strategi taktikal sesebuah organisasi, tiada gunanya jika tidak meletakkan syariat Allah sebagai panduan utama.
“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”. (Al-Ghafir: 60)
Ketua Muslimat Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ummi’ telah bersama-sama penduduk wanita di Kampung Tambak, Pusa bermunajat memohon pertolongan Allah dalam menghadapi PRU ke-14 yang bakal menjelang.
‘AKIFI’ yang bermaksud alim, haraki dan sufi sepatutnya menjadi asas utama dalam diri setiap muslimat yang bergerak bersama perjuangan PAS ini. Munajat AKIFI ini sangat penting untuk membentuk kekuatan rohani ‘serikandi-serikandi mujahidah’ ini agar terus istiqamah dan ‘thabat’ di atas jalan juang yang panjang dan berliku ini. Semoga PRU ke-14 nanti diberi pertolongan oleh Allah dan mendapat keputusan yang diredhaiNya.
Sebagai kesimpulannya, hanya kepada Allah sahaja kita berserah dan hanya Allah sahaja yang menjadi sandaran kita. Allah sahaja yang mampu menguatkan kita dalam menentang musuh-musuh Islam sekaligus memberi kemenangan kepada Islam dalam pilihan raya kelak.
{jathumbnail off}