Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Anjur Majlis Makan Malam Kumpul Dana PRU-14

593
SHARE

ARAU : Satu Majlis Makan Malam telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, pada 4 Ogos yang lalu, bertempat di Balai Islam Madrasah Ad-Diniah Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, Perlis.

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah bagi mengumpul dana bagi mengisi Tabung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj. Ahmad Yakob. YAB Menteri Besar Kelantan turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.

Pada majlis yang sama juga telah diadakan acara meraikan ulang tahun kelahiran Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang jatuh pada 1 Ogos. 

Majlis seumpama ini adalah sebahagian daripada gerak kerja pilihan raya yang telah disusun oleh PAS Negeri Perlis. Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Perlis sentiasa bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. 

{jathumbnail off}