Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Gesaan Perletakan Jawatan Segera Peguam Negara Tidak Sensitif

97 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA

GESAAN PERLETAKAN JAWATAN SEGERA PEGUAM NEGARA TIDAK SENSITIF

26 September 2019 bersamaan 26 Muharram 1441

1. Muslimat PAS meneliti Alasan Penghakiman oleh Puan Rofiah binti Mohamad, Hakim Mahkamah Koroner dalam membenarkan prosiding penghinaan mahkamah/komital terhadap Tommy Thomas.

2. Muslimat PAS memandang serius campurtangan oleh seorang Peguam Negara terhadap prosiding kehakiman yang mana mengakibatkan krisis keyakinan yang amat parah terhadap pentadbiran keadilan.

3. Oleh yang demikian, Muslimat PAS menggesa agar Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan dengan serta merta.

4. Muslimat PAS juga melahirkan keprihatinan dengan naluri seorang ibu dan bapa yang mengharapkan keadilan buat anaknya. Campurtangan secara amat tidak wajar ini adalah cubaan yang amat jelek untuk mensabotaj pemergian seorang wira Negara.

5. Dalam pada itu, Muslimat PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia melakukan solat hajat dan berdoa supaya keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijangkakan akan diumumkan pada 27 September, hari Jumaat ini diberikan ruang keadilan sewajarnya.

Sekian, terima kasih

’Islam memimpin, Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Ahli Dewan Negara