Home Berita PAS Selangor

Gerak kerja kebajikan menjadi agenda utama – PAS Kawasan Sungai Besar

76
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Ahmad Fansuri

PASIR PANJANG, 1 Oktober – Peralihan Selangor ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak menjadi satu tiket untuk gerak kerja kebajikan dikurangkan. PAS Kawasan Sungai Besar terus menjadikan agenda kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Fokus kebajikan kali ini ialah membantu keluarga yang dikuarantin di rumah dan keluarga yang sangat memerlukan di kala COVID-19 ini menuju ke fasa endemik.

Wakil PAS Sungai Besar telah menjejaki beberapa rumah dan keluarga yang dikuarantin untuk menyampaikan sumbangan barangan asas yang menjadi keperluan harian.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada PAS Sungai Besar kerana terus cakna dan peduli kebajikan kami yang sedang dikuarantin.” ujar salah seorang penerima.

Semua pihak perlu terus mengambil cakna dan menjaga kebajikan jiran tetangga dan masyarakat yang memerlukan. Berganding bahu dalam mencapai agenda kebajikan demi kebaikan bersama.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor