Home Rencana PAS Selangor

Selamat datang Ummi Arin ke SRITI Al-Farouq – Ketua Pemuda DPPK Subang

206
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎w__ رنده SRITMY 1LI1 SELAMAT Πር MEMULAKAN TUGAS pada PUAN NOR ZARINA MOHD AZHAR GURU BESAR SRITI AL-FAROUQ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AL- QURAN SRITI AL-FAROUQ sritialfarouq@gmail.com‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Tajul Ariff Tajul Arus
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

Alhamdulillah hari ini SRITI Al-Farouq kawasan Subang melangkah ke satu lagi ‘milestone’ penting dengan pelantikan Guru Besar yang telah memulakan tugasan hari ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapakan selamat datang kepada Pn Nor Zarina Mohd Azhar Dqalbu Arin untuk menggalas tugas guru besar. Pn Arin atau lebih dikenali sebagai Ummi Arin dikalangan anak murid beliau datang bersama pengalaman sebagai pendidik selama 14 tahun dan pengalaman sebagai guru besar selama 8 tahun. Beliau juga merupakan Setiausaha Gabungan Sekolah Islam Swasta Selangor sejak 2015.

Dewan Pemuda PAS Subang merasakan kehadiran Ummi Arin bersama pengalaman beliau dapat memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak SRITI Al-Farouq yang akan memulakan sesi persekolahah pada 2022 nanti.

Saya mengajak ibubapa sekitar Bandar Kinrara yang sedang mencari sekolah untuk anak-anak sesi 2022 mengambil kesempatan mendaftar di SRITI Al-Farouq

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor