Home Berita PAS Selangor

Gerak kerja kebajikan diteruskan – PAS Kawasan Sungai Besar

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Situasi kini yang semakin teruk hasil penangan wabak Covid-19 yang telah melumpuhkan segala aktiviti di negara kita. Ia juga menyebabkan ramai yang dibuang kerja, kehilangan sumber pendapatan yang menghala kearah kehabisan bekalan makanan di rumah dan tidak berupaya menanggung seisi rumah.

YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin telah turun menyampaikan sedikit sumbangan kepada 3 buah keluarga yang memerlukan di sekitar Parit 13, Sungai Nibong dan Parit 10, Gambut.

Hasil maklumat daripada Hotline Khidmat Malaysia Negeri Selangor, bantuan segera berupa makanan asas harian telah disalurkan kepada keluarga-keluarga tersebut.

Diuji dengan masalah kesihatan khususnya di bahagian kaki, menyebabkan 2 buah keluarga ini terjejas sumber pendapatan harian. Selain itu, perkara yang menjadi halangan sebuah keluarga lagi di musim PKP ini ialah faktor pekerjaan yang terhad dan tidak tetap, menjadi punca pendapatan mereka terjejas.

Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga-keluarga ini dan kita semua serta meringankan beban yang dihadapi. Sama-sama kita doakan semoga yang sedang mengalami ujian kesakitan ini kembali sihat dan dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor