Oleh IBNU JANIE
MASJID TANAH, 11 Sept: Para petugas pada masa ini dilihat sedang menurunkan barangan jualan untuk Program Gerai Prihatin Nasional Masjid Tanah yang akan bermula jam 10.30 pagi ini di hadapan Sekolah Kebangsaan Demang Taha, Taman Seri Aman, di sini.
Beberapa buah lori yang membawa barangan jualan iaitu telur, kentang dan ayam dilihat berada di hadapan khemah-khemah yang disediakan.
Jualan ini terbuka kepada penduduk Parlimen Masjid Tanah daripada golongan B40 dengan pendapatan keluarga di bawah RM4000.
Orang ramai yang layak dijemput hadir untuk membeli dengan membawa kad pengenalan dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang, hari ini sahaja.
Jualan dibuat secara pandu lalu dan pelanggan akan menerima set berupa seekor ayam, sepapan telur ayam dan dua kilogram kentang pada harga hanya RM10 satu set.
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV. Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi. |