Home Berita PAS Selangor

GENGGAM Selangor peringkat Subang santuni masyarakat India – PAS Kawasan Subang

41
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : PAS Kawasan Subang

SUBANG, 30 Oktober – Telah berlangsung harini, aktiviti Ziarah Perpaduan peringkat Parlimen Subang, dimana ini merupakan sebahagian daripada pengisian Program Genggam Selangor yang telah digerakkan diseluruh Kawasan dalam Negeri Selangor.

PAS Subang yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan iaitu Tn. Haji Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir bersama jentera Parti telah turun bertemu dengan penduduk berbangsa India di Flat Seroja, Taman Puchong Indah bagi menyampaikan sedikit sumbangan berupa kuih Maruku serta duit Raya Deepavali kepada lebih 20 buah keluarga.

Aktiviti turun padang ini turut disertai oleh En.Suhaimi Bin Ishak selaku Ketua Jabatan Pilihanraya PAS Subang bersama pasukan beliau.

Para penerima sumbangan menzahirkan rasa terima kasih kepada YDP PAS Subang dan panganjur atas sumbangan yang diberikan dalam kegembiraan mereka menunggu hari perayaan Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu dan menjayakan aktiviti Ziarah ini, semangat perpaduan yang tinggi, menguatkan lagi perhubungan sesama kita demi merealisasikan keamanan sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor