Home Berita PAS Selangor

Anggota JAM Klang ‘Mandi Peluh’ di Palm Grove, Pandamaran – JAMK Klang

106
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PANDAMARAN, 31 Oktober – Seawal 8.00 pagi, seramai 5 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Klang telah hadir ke Dewan Palm Grove, Pandamaran untuk membuat persediaan awal bagi Majlis Perasmian GENGGAM SELANGOR peringkat kawasan Klang yang akan diadakan pada Khamis, 4 November 2021 nanti.

Selepas bersarapan pagi, Komandan JAM Klang, Tuan Zaid Bin Abdul Rashid yang mengetuai aktiviti pada pagi ini dengan membahagikan tugasan kepada anggota JAM Klang di mana ada yang membersihkan bahagian luar dewan dan ada yang membersihkan bahagian dalam dewan.

Menurut Komandan Zaid, “Kita mesti menjaga imej dan gaya penampilan, dengan menjaga kebersihan ianya merupakan salah satu nilai-nilai murni dalam Islam”.

Ketua Dewan Palm Grove, saudara Muhamad Yusof Bin Moksin merakam jutaan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Klang yang sudi membuat gotong-royong bagi persedian program pada hari Khamis nanti.

May be an image of 1 person, outdoors and tree

Aktiviti pembersihan luar dan dalam Dewan Palm Grove di Pandamaran ini selesai sekitar 1.30 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor