Home Artikel PAS Pahang

Gendang pilihanraya DUN Lepar mula dipalu

796
SHARE

24 September 2020
Kuantan

Laungan tiga kali takbir menandakan gerak kerja pilihanraya akan dilakukan secara lebih agresif di Dun Lepar bagi menghadapi PRU 15.

Majlis pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Dun Lepar telah dirasmikan oleh Mohd Nazhar Bin Othman yang merupakan Timbalan Pengarah 7 Jabatan Pilihanraya Negeri Pahang (Tugas-tugas Khas & Hari Pengundian) di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Dun Lepar.

Mohd Nazhar dalam ucapannya menyebut bahawa ketidakstabilan politik yang melanda sekarang akan menyebabkan PRU 15 dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Politik yang tidak stabil sekarang membolehkan perdana menteri membubarkan parlimen pada bila-bila masa. Jadi kita perlu bersedia”, menurut Mohd Nazhar.

Dalam berdepan dengan PRU 15, daftar pemilih, bilik operasi di Unit Daerah Mengundi (UDM) perlu di aktifkan dan petugas agen peti undi/kira undi(PACA) perlu dicari dengan segera untuk diberikan latihan dan kursus, beliau menambah.

Dalam majlis yang sama, semua yang hadir telah melafazkan ikrar dan akujanji sebagai petugas pilihanraya bagi PAS.

Turut di umumkan dalam majlis yang sama adalah penubuhan cawangan PAS Ulu Lepar sebagai cawangan terbaharu di dalam Dun Lepar.

Kehadiran majlis pelancaran ini hanya dihadkan kepada seramai 70 orang sahaja berikutan pematuhan SOP PKPP dan dihadiri oleh wakil dari PAS cawangan dalam Dun Lepar sahaja. Walaubagaimanapun bilangan ini tidak mengurangkan semangat ahli-ahli PAS dalam melakukan gerak kerja pilihanraya.

Penulis: abuirham.humaira