Home Artikel PAS Selangor

Usrah Gabungan Pemuda PAS Sungai Besar – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

273
SHARE

Oleh : Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

Sungai Besar, Selangor | 25 September 2020

Usrah Gabungan Pemuda PAS Sungai Besar telah selesai dilaksanakan semalam di Pusat Tarbiyah Darussalam, Simpang 5.

Ustaz Mohd Razali Saari selaku naqib usrah membawakan tajuk Tasawwur Tarbiyah Islam yang mengupas berkaitan dengan tarbiyah secara lebih mendalam khusus kepada Abnaul Harakah yang menjadi tonggak kepada suatu gerakan Islam.

Antara kata-kata naqib yang perlu diambil sebagai panduan ialah “nombor (kuantiti) bukan penentu kepada keberjayaan sesuatu usaha dakwah, tetapi apa yang perlu diutamakan ialah kualiti seorang pendakwah dalam berdakwah kepada segmen masyarakat”.

Semoga dengan intipati dan penjelasan berkaitan tarbiyah Islamiyah yang dibentangkan semalam, dapat menjadi bekalan buat Abnaul Harakah meneruskan gerak kerja dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PemudaSungaiBesar
#MemimpinNegara