Home Rencana PAS Selangor

Sambutan Hari Sukan Negara 2021 – Bahagian Kokurikulum SRITI Darul Amilin

105
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "VALI FREASEE Y4G #Youth4GrEen Selamat Menyambut HARI SUKAN NEGARA'21 Rasulullah SAW bersabda: "Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah." Hadis riwayat Muslim SRITI Darul Amilin Kawasan Kuala Selangor"

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor

Oleh : Bahagian Kokurikulum SRITI Darul Amilin

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu langkah transformasi yang proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai “negara bersukan” (sporting nation).

Mukmin Yang Kuat Lebih Baik & Dicintai

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَلَا تَعْجِزْ فَإِنْ غَلَبَكَ أَمْرٌ فَقُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ وَإِيَّاكَ وَاللَّوْ فَإِنَّ اللَّوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Dari Abu Hurairah dan sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda:

“Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam masing-masing keduanya itu terdapat kebaikan. Bersungguh-sungguhlah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu dan jangan lemah semangat. Jika suatu perkara mengalahkanmu maka katakanlah, ‘Ketentuan Allah telah ditetapkan, dan suatu yang telah Dia kehendaki maka akan terjadi. Dan jauhilah olehmu dari ucapan ‘Seandainya’, karena sesungguhnya ungkapan ‘Seandainya’ membuka peluang masuknya syaitan.”

(HR Ibnu Majah No: 4158)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor