Home Berita PAS Selangor

Gaza bertakbir, Malaysia menyahut – YDP PAS Kawasan Bangi

128
SHARE

May be an image of monument

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Bangi | Berita genjatan senjata antara HAMAS dan Zion1s Isra-el memenuhi ruang media sosial dunia. Rata-rata menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas berhentinya peperangan yang berlaku selama tempoh 13 hari tanpa henti.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah ketika dihubungi memaklumkan kegembiraan sangat-sangat dirasai kini dengan melaungkan takbir Allahu Akbar. “Lafaz takbir ini menyambut kemeriahan takbir di Gaza pagi ini. Ia seumpama takbir-takbir yang bersahut-sahutan, di antara bumi Gaza dengan bumi Malaysia, malah kita yakin bahawa sahutan takbir yang sama dilaungkan oleh ummat Islam yang kasih dan cintakan bumi Pales.tin”.

“Bumi Pales.tin adalah bumi para Anbiya’. Bumi Pales.tin adalah bumi para syuhada’. Bumi Pales.tin adalah bumi ummah”.
Beliau yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Bangi mengikuti perkembangan di bumi Palestin dengan dekat, melihat apabila Zion1s Isra-el mengangkat bendera putih menawarkan gencatan senjata sebenarnya ia merupakan suatu kemenangan bagi perjuangan ummah di bumi Gaza. Kemenangan di hari ke lapan Syawwal.
May be an image of 7 people, people standing, fire, outdoors and text
“Bumi Gaza yang sekecil itu dibom dan dibedil tanpa henti sejak 26 Ramadhan. Zion1s melakukannya seumpama seekor serigala gila yang lapar. Meratah tanpa rasa belas kasihan, tanpa rasa peri kebinatangan, tanpa rasa peri kemanusiaan. Sekalipun jumlah yang syahid di pihak Gaza adalah lebih ramai dan sekalipun kemusnahan infrastruktur awam dan rumah-rumah penduduk Gaza lebih banyak, namun berundurnya Zion1s laknatullah itu adalah suatu kebanggaan bagi ummat Islam, khususnya Gaza”, jelas beliau panjang lebar menzahirkan kesyukuran.

“Selamat berhari raya wahai teman kami Gaza”.

“Bergembiralah wahai teman, sekalipun sekarang adalah masa untuk merawat luka.
Bergembiralah wahai sahabat, sekalipun tidak tahu berapa lama nikmat ini akan ada.
Bergembiralah wahai pejuang, sekalipun bersamamu masih tersemat senjata”. Beliau mengakhiri ulasan ini dengan penuh semangat dan kebanggaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor