Home Berita PAS Selangor

Kutipan dana Palestin mendapat sambutan yang sangat Baik di PASTI Kuala Selangor – Pengerusi PASTI Kawasan Kuala Selangor

114
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Selangor | Setelah dibom, ditangkap, dibunuh, ditembak dan diserang oleh Rejim Zion1s, umat Islam di Palestin masih dapat bertahan dan berjaya melindungi Masjidil Aqsa. Alhamdulillah Palestin telah memperoleh kemenangan setelah lebih 10 hari berada dalam medan peperangan.

Pengerusi PASTI Kawasan Kuala Selangor Ustaz Mohd Faizol Endut ketika dihubungi menyatakan, “kita sebagai saudara seagama haruslah bersimpati dan saling membantu selagi boleh. Setakat waktu ini apa yang kita boleh bantu hanyalah dengan sumbangan. Inisiatif Kempen Aid4Palestin membuatkan kita lebih mudah untuk menyahut seruan jihad di Palestin”.
Menurut beliau, “Alhamdulillah setakat ini, pihak ibubapa mahupun anak-anak PASTI sendiri semangat dan memberi komitmen yang sangat baik. Jumlah kutipan dana Palestin hanya selama 3 hari adalah RM8170.35 diperingkat PASTI Kuala Selangor. Semoga Allah memberkati para penyumbang yang menginfakkan harta mereka kepada dana Palestin ini. InshaAllah perkara ini akan menjadi saksi kelak yang membuktikan bahawa kita adalah saudara seakidah dengan rakyat Palestine dan menjadi saham akhirat kita kelak”.
May be an image of 1 person, standing and text that says "SERI ANMU"
Beliau juga menzahirkan ucapan jutaan terima kasih buat guru-guru, ibubapa serta seluruh yang menjayakan agenda ini.

“Ahamdulillah, Allahuakbar! Buatmu Palestin!! Kami bersamamu”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor