Home Artikel PAS Selangor

Perutusan Takziah PAS Selangor Kepada Keluarga Allahyarham Datuk Seri Rizuan Ab Hamid – PAS Selangor

29
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Perutusan Takziah atas Pemergian Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Rizuan Ab Hamid yang telah kembali kerahmatullah sekitar jam 10.53 malam Jumaat tadi.
Allahyarham merupakan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia yang banyak menyumbang kepada perjuangan Parti Melayu itu dengan pengalaman yang telah dicurahkan. Didoakan semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarham, diampunkan dosa beliau dan ditempatkan bersama para solihin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor